Sunday, June 16, 2013

ANAK PERTAMA GUGUR, DIRAGUT


SHAH ALAM- Seorang wanti hamil 6 bulan gugur selepas begnya diragut oleh dua orang penunggang motosikal di tempat kerjanya di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa Nur Ain Natasha, 31 yang bekerja sebagai akauntan di sebuah bank di seksyen 7, dipercayai diragut dua orang peragut motosikal yang tidak dikenali.

Mangsa dipercayai terjatuh ketika cuba menghalang beg tanganya daripada diragut, mengakibatkan dia mengalami keguguran dan kecederaan di beberapa bahagian badan.

Menceritakan kembali detik cemas itu, Nur Ain berkata ketika kejadian dia berseorangan menuju ke tempat letak kereta tang terletak kira-kira 500m dari pejabatnya.

“Tidak sampai seminit keluar ddari pejabat, sebuah motosikal yang datang dari arah belakang secara tiba-tiba cuba menhampiri saya,’ katanya.

Menurut suaminya, Ashaari Ahmad, kandungan Ain merupakan kandungan yang ditunggu-tunggu selepas 5 thun usia perkahwinan mereka. Ashhari menganggap kejadian itu sebagai takdir dan bersyukur kerana isterinya selamat.

Nur Ain kini  mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Salam.


Suami mangsa berharap pihak polis dapat menangkap peragut itu supaya orang awam tidak menjadi mangsa seterusnya.

No comments:

Post a Comment