Thursday, May 9, 2013

BAGAIMANA JIKA ISTERI MEMEGANG PERANAN SUAMI DAN SUAMI MEMEGANG PERANAN ISTERI?



Dalam arus yang moden ini, dengan kewujudan perempuan yang terlalu ramai bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, mereka bukan sahaja ramai malah cerdik-cerdik belaka. Ini tidak bermaksud lelaki tidak cerdik tetapi kuantiti dan kualiti mereka yang jauh berkurangan membuatkan wanita Malaysia tidak mempunyai banyak pilihan sama ada terpaksa rela berkahwin atau bersedia untuk hidung bujang dalam jangka masa yang lama.

Wanita-wanita Malaysia yang bekerjaya ini sudah tentu mementingkan kerjaya dan minat yang mereka telah tanam untuk sekian lama, namun begitu bagaimana jika dalam konteks perkahwinan mereka yang memegang peranan suami seperti keluar mencari nafkah manakala lelaki pula duduk di rumah mengemas rumah, masak, jaga anak dan menjaga keperluan harian rumah sedangkan tanggungjawab lelaki adalah untuk mencari nafkah dan wanita pula yang berperanan menjaga keperluan harian di rumah.

Hal ini boleh terjadi jika terdapatnya tolak ansur dalam institusi kekeluargaan itu sendiri, mungkin agak berat bagi seorang perempuan untuk keluar mencari nafkah tetapi sebagai suami hendaklah bersedia untuk membantu isteri dan bersedia untuk menghadapi pandangan serong orang sekeliling. Masing-masing mempunyai tangungjawab yang perlu diselesaikan.

Jika seorang isteri itu keluar rumah untuk bekerja, suami pula hendaklah membantu di rumah dengan mengemas rumah, membasuh pakaian, menyediakan makan minum isteri, menjaga anak. Apabila isteri pulang kerumah dan rumah menjadi bersih, legal ah hati isteri.

Meski begitu, suami tetap menjadi ketua keluarga dan isteri masih perlu menghormati suami tetapi masing-masing perlu bertolak ansur, janganlah jadi suami yang dah lah tidak bekerja, urusan dirumah pn diabaikan, isteri pulang kerja penat-penat terpaksa kemas rumah lagi, masak dan menjaga kebajikan rumah.

Isteri bukanlah orang gaji yang senang-senang sahaja lelaki hendak pergunakan sebegitu, peranan lelaki sepatutnya keluar mencari nafkah dan perempuan hanya perlu dudk di rumah menjaga kebajikan dan keharmonian rumah tangga, namun begitu pada masa ini pandangan yang dianggap kuno itu bahawa suami bekerja dan isteri duduk didapur sudah tidak menjadi suatu kepentingan, apa yang penting ialah terjalinya institusi kekeluargaan dan suami isteri bertolak ansur.

Allah berfirman yang bermaksud: "Lelaki itu adalah pemimpin bagi perempuan sebab Allah melebihkan setengah mereka dari yang lain dan kerana mereka (lelaki) memberi belanja dari hartanya (untuk perempuan). (Surah An-Nisa' ayat 34)

Firman Allah yang bermaksud: "Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik." (Surah Al-Baqarah ayat 233)