Saturday, April 27, 2013

Review: Balkanisasi Siber : Gangguan Kepada Semangat 1Malaysia


Sebuah artikel yang ditulis oleh Dr. Rahmat Ghazali, beliau menyatakan beberapa pendapat mengenai ‘balkani siber’ yang memaparkan suatu analogi terhadap gejala media yang menjadikan khalayak ramai terpisah, membentuk koloni masing-masing dan ganas terhadap kumpulan yang tidak sealiran dengan mereka. Isu Balkanisasi ini amat berat dan tidak member manfaat kepada masyarakat kita yang berada di bawah gagasan 1Malaysia, jika isu balkanisasi ini masih diteruskan sehingga masa kini harapan untuk mewujudkan sebuah Negara yang aman dan harmoni adalah susah kerana mereka akan bersikap perkauman, tidak adil dan saling memandang hina antara satu sama lain.

Internet memainkan peranan yang amat penting, dengan menggunakan internet pengguna tidak perlu keluar untuk membeli surat khabar dan membaca perkara-perkara yang telah ditapis, hal ini kerana internet mempunyai kebebasan untuk penulis menulis dan pembaca membaca, int secara langsung telah membawa kecenderungan kepada isu balkanisasi. Media cetak perlu bersaing dengan internet, dimana internet mempunyai kebebasan untuk bersuara yang membawa kecenderungan kearah memecah belahkan rakyat.

Saya amat bersetuju dengan petikan penulis yang menyatakan kebebasan media baru atau internet secara terangnya telah membangkitkan kesan negative terhadap keharmonian social Negara ini. Hal ini demikian kerana, kecenderungan masyarakat untuk mewujudkan isu balkanisasi ini adalah berpunca dari media baru ini sendiri, mereka bebas mengutuk antara satu sama lain dan bebas untuk menyuarakan apa sahaja.

Balkanisasi mengakibatkan segregasi dan ganas, penulis ada menyatakan balkanisasi juga merupakan suatu unsure yang boleh mengakibatkan obsesi atau taksub yang ekstrim, hal ini kerana tokoh-tokoh besar menggunakan internet dan menghasut pembaca-pembaca sehingga mereka menjadi terlalu taksub.

Balkanisasi terhasil lalu mengancam perpaduan kaum di Malaysia, penggunaan bahasa kesat pengguna internet tidak boleh dipandang enteng. Internet merupakan punca kepada permasalahan ini terjadi, pengguna tanpa rasa segan silu melontarkan bahasa-bahasa yang kesat lantas menimbulkan fitnah terhadap sesuatu kaum iti sendiri. Ia bukan sahaja menular dalam internet malah kini ke dalam parlimen dan dewan undangan negeri.

Apakah tindakan kita sebagai pewris bangsa pada masa akan datang? Adakah kita hanya akan diam dan membiarkan isu ini berleluasa? Telah menjadi peranan kita untuk menghentikan isu berkaitan balkanisasi ini bagi menghentikan sikap perkauman dan keganasan antara kaum terjadi. Adakah kita inginkan tragedi 13 Mei terjadi kembali? Kita yang menentukan sama ada hendak hidup dalam gagasan 1Malaysia atau sekadar mendiamkan diri.

Friday, April 26, 2013

Kewartawanan dalam talian menyokong suara-suara penentangan


Dalam era yang serba baru ini, kemudahan teknologi telah berkembang maju bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Dengan wujudnya teknologi canggih ini seperti internet, ia telah dijadikan sebuah pentas atau medium dalam perkembangan bidang politik. Ahli politik tidak kira kerajaan atau pembangkang bersaing antara satu sama lain dalam memperjuangkan hujah-hujah mereka. Internet seperti blogs, youtube, facebook, twitter kini diibaratkan seperti orang tengah untuk menyampaikan hasrat pihak pembangkang untuk berkongsi pendapat mereka dan mendapatkan tindak balas dari rakyat.
Orang ramai yang mempunyai kebebasan untuk bersuara akan turut berkongsi pendapat menggunakan kemudahan teknologi masa kini. Memandangkan internet adalah kaedah yang paling mudah dalam melaksanakan sebarang urusan, ia juga telah dijadikan platform untuk kempen pilihan raya, dengan mempengaruhi pandangan orang ramai dalam mengkritik kerjaan dan terus menyokong pihak pembangkang.
Negara kita terdiri dari dua parti iaitu kerajaan dan pembangkang, sepertimana yang kita ketahui sejak azali lagi, tujuan pembangkang adalah untuk menolak segala pindaan dan peraturan yang dibuat kerajaan, mereka adalah parti yang menolak pimpinan kerjaan malah mengkritik secara terang-terangan. Hal ini secara tidak langsung menjadikan ia medium yang menyokong suara-suara pembangkang.
Menurut Tokoh Wartawan Negara Datuk A.Kadir Jasin (2012) berkemungkinan besar PRU akan datang banyak dipilih bukan berdasarkan kefahaman tetapi kekeliruan dan mengakibatkan orang yang keluar mengundi bukan keluar mengundi tetapi merosakkan undi kerana kekeliruan.
Hal ini jelas menyatakan peranan internet banyak mempengaruhi pemikiran rakyat di Malaysia. Ahli politik secara terus-terusan menyalahkan pihak antara satu sama lain. Pihak pembangkan terus mengkritik kerajaan dan rakyat yang terasa diabaikan akan turut bersetuju dengan hujah pihak pembangkang. Ini secara tidak langsung jelas membuktikan internet Berjaya dalam mempengaruhi pemikiran rakyat dan secara langsung menyokong suara-suara pembangkang.