Friday, April 26, 2013

Kewartawanan dalam talian menyokong suara-suara penentangan


Dalam era yang serba baru ini, kemudahan teknologi telah berkembang maju bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Dengan wujudnya teknologi canggih ini seperti internet, ia telah dijadikan sebuah pentas atau medium dalam perkembangan bidang politik. Ahli politik tidak kira kerajaan atau pembangkang bersaing antara satu sama lain dalam memperjuangkan hujah-hujah mereka. Internet seperti blogs, youtube, facebook, twitter kini diibaratkan seperti orang tengah untuk menyampaikan hasrat pihak pembangkang untuk berkongsi pendapat mereka dan mendapatkan tindak balas dari rakyat.
Orang ramai yang mempunyai kebebasan untuk bersuara akan turut berkongsi pendapat menggunakan kemudahan teknologi masa kini. Memandangkan internet adalah kaedah yang paling mudah dalam melaksanakan sebarang urusan, ia juga telah dijadikan platform untuk kempen pilihan raya, dengan mempengaruhi pandangan orang ramai dalam mengkritik kerjaan dan terus menyokong pihak pembangkang.
Negara kita terdiri dari dua parti iaitu kerajaan dan pembangkang, sepertimana yang kita ketahui sejak azali lagi, tujuan pembangkang adalah untuk menolak segala pindaan dan peraturan yang dibuat kerajaan, mereka adalah parti yang menolak pimpinan kerjaan malah mengkritik secara terang-terangan. Hal ini secara tidak langsung menjadikan ia medium yang menyokong suara-suara pembangkang.
Menurut Tokoh Wartawan Negara Datuk A.Kadir Jasin (2012) berkemungkinan besar PRU akan datang banyak dipilih bukan berdasarkan kefahaman tetapi kekeliruan dan mengakibatkan orang yang keluar mengundi bukan keluar mengundi tetapi merosakkan undi kerana kekeliruan.
Hal ini jelas menyatakan peranan internet banyak mempengaruhi pemikiran rakyat di Malaysia. Ahli politik secara terus-terusan menyalahkan pihak antara satu sama lain. Pihak pembangkan terus mengkritik kerajaan dan rakyat yang terasa diabaikan akan turut bersetuju dengan hujah pihak pembangkang. Ini secara tidak langsung jelas membuktikan internet Berjaya dalam mempengaruhi pemikiran rakyat dan secara langsung menyokong suara-suara pembangkang.

No comments:

Post a Comment